Ciri-ciri stesen Stesen_Subang_Jaya

Lokasi

Stesen Subang Jaya terletak di SS 16 Subang Jaya, Selangor. Stesen ini juga terletak kira-kira 100m dari Persimpangan Subang Lebuhraya Persekutuan. Terletak berhampiran stesen ini adalah UOA Busines Park, Hotel Subang Avenue, pangsapuri Saujana Residency, kawasan komersial SS 15, pusat membeli-belah Subang Parade dan pusat membeli-belah Aeon Big Subang.

Pelan stesen

L2
Platform
KJ Arah Utara5 Laluan Kelana Jaya menghala ke  KJ1  Gombak (GCG-Glenmarie)
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan
KJ Arah Selatan5 Laluan Kelana Jaya menghala ke  KJ37  Putra Heights (SS 15)
L1Aras legar Mesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan dan sambungan tidak berbayar KTM dengan LRT
G
Platform
Platform sisi, pintu tren dibuka di sebelah kiri
KTM Arah Utara2 Laluan Pelabuhan Klang menghala ke Tanjung Malim (Setia Jaya)
10 Laluan Skypark menghala ke KL Sentral
Landasan Pintasan
Landasan Pintasan
KTM Arah Selatan2 Laluan Pelabuhan Klang menghala ke Pel. Klang (Batu Tiga)
10 Laluan Skypark menghala ke Terminal Skypark
Platform sisi, pintu tren dibuka di sebelah kiri
GAras tanahPintu masuk/keluar, tempat letak kenderaan, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian

Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras platform LRT, aras legar, dan aras tanah (platform KTM terletak di aras ini). Stesen ini mempunyai satu platform tengah di atas aras legar untuk perkhidmatan Laluan Kelana Jaya dan dua platform sisi di bawah aras legar untuk perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti platform mesra OKU dan lif di kawasan LRT dan KTM. Selain itu, terdapat rak basikal yang boleh memuatkan sehingga 20 basikal.[4]


Bagi penumpang yang ingin menukar laluan di stesen ini perlu membeli tiket baharu di stesen ini. Hal ini demikian kerana KTM dan LRT menggunakan sistem tiket yang berlainan kerana dioperasikan oleh dua syarikat berbeza.

Perkhidmatan bas

Bas RapidKL laluan 641 dan T770 berkhidmat di stesen ini. Bas percuma Smart Selangor laluan SJ01 juga berkhidmat di stesen ini.

Rujukan

WikiPedia: Stesen_Subang_Jaya http://english.astroawani.com/malaysia-news/new-lr... //tools.wmflabs.org/geohack/geohack.php?pagename=S... https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/03... https://www.myrapid.com.my/traveling-with-us/bike-... https://www.thestar.com.my/metro/community/2015/08... https://web.archive.org/web/20170425154549/http://... https://web.archive.org/web/20180306155209/https:/... https://web.archive.org/web/20181106021425/https:/... https://web.archive.org/web/20190508072540/http://...